







Info Terkini
|
|
Artikel 2:
"SELAMAT HARI IBU"
Pihak HNR Capital mengambil kesempatan untuk mengupas sedikit perihal "Hari Ibu" ini. Persoalan yang ingin dikupas ialah; "Adakah anda masih ada lagi ibu ketika ini?". Jika ya, pastikan pengorbanan anda sebagai seorang anak sesuai dengan apa yang anda pernah terima sejak dari kecil hingga keadaan anda seadanya ketika ini.
Pernahkah anda mengambil tahu keadaan sakit sihatnya ibu anda? Bagaimana keadaan ekonomi ibu anda ketika ini? Pernahkah anda meluangkan masa walau seketika pada setiap bulan? Bila kali terakhir anda menyumbang kepadanya? Pernahkah anda cuba mengenang ketika dulu anda mahu wang menyara kos pelajaran dan sara diri ketika masih belajar? Kini bila dewasa dan Berjaya; "Adakah ibu pernah meminta supaya anda menyara dirinya kembali?". Mmmm...terlalu banyak jika disoal atau dibuat analisa tanggungjawab kita kepada ibu. Bagi mereka yang sudah tiada ibu; "Bilakah kali terakhir anda melawat pusara ibu. Dan berapa banyakkah dalam sehari anda menyedekahkan bacaan alFatihah dan seumpamanya untuk roh ibu anda?". Tepuk dada, tanyalah tanggungjawab dan iman anda.
Ulasannya; sememangnya kita sibok dengan tanggungjawab diri dan keluarga. Tapi janganlah lupa peranan anda atas tanggungjawab sebagai seorang anak. Sesibok manapun kita, begitulah ibubapa kita dahulu. Masih sempat mereka menabur bakti pada kita hinggalah kita pandai berdikari. Ingatlah; "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah!', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Al-Israa', ayat 23-24)
Dan jangan lupa, reality kehidupan kita sekarang serba serbi duit. Jika nak diharap kita sebagai warga pertengahan ke bawah, apalah yang tinggal jika hendak diharap pada gaji bulanan kita. Juga begitu, bagi warga kaya, hartawan dan jutawan; bukan mudah hendak menyumbangderma hasil kekayaan itu. Mulalah menilai setiap pemberiannya hanya layak untuk sipolan saja atau apa-apa ajelah kata sebuah program TV tu. So, tanyalah anda di'lokasi' mana. Jangan jadikan alasan anda menangguhkan tanggungjawab anda. Islam pun mengajar kita supaya sering bersedekah dan mengamalkan budaya membayar zakat. Ingatlah! Jika kita terlalu menyembah harta, suatu masa nanti harta itu akan melilit kita ibarat ular menggenggam lilit hancur lulur tubuh kita. Na'uzubillahi min zalik.
Hmmm...jika anda tiada lagi pilihan untuk mencari alternatif kewangan. Silalah dan dialu-alukan untuk gunakan platform AURA2U.com. Percayalah! Kunci kejayaan anda terletak di dalam diri anda. Dan AURA2U.com sudi membimbing anda. Moga-moga ibu anda akan gembira dengan kecemerlangan anda bersama AURA2U.com anjuran HNR Capital (M) Berhad. Sekian, bertemu lagi pada artikel selanjutnya... |
[ Tukar Kawasan ]
ContohAyat..ayat |
Contoh3Ayat..ayat |
Contoh2Ayat..Ayat |